Anda biasa melihat pokok lidah buaya? Pernah terdengar tentang khasiat yang boleh didapati daripadanya?. Sememangnya lidah buaya (aloe vera) merupakan sejenis tumbuhan yang mendatangkan terlalu banyak kebaikan dan kegunaan terutamanya bagi tujuan kesihatan dan kecantikan yang sudah tentunya saling berkaitan. Semakin tua tumbuhan lidah buaya, maka semakin bermanfaatlah ia.
Zat Penting Yang Terkandung
Lidah buaya merupakan tumbuhan berbentuk seperti lidah yang berduri-duri di dahan. Ia sebenarnya dari keluarga 'lily' seperti bawang merah dan bawang putih. Khasiat yang pelbagai dari lidah buaya ini adalah disebabkan ianya memiliki zat-zat tertentu yang penting. Umpamanya 'lignin' dalam getah gelnya yang mampu menembus dan meresap ke dalam kulit sehingga dapat menahan hilangnya cairan tubuh dari permukaan kulit. Selain itu,vitamin E dan C yang berperanan sebagai antioksidan yang dapat memperlambatkan efek penuaan akibat radikal bebas.
Antara kandungan zat lain di dalamnya termasuklah:
* Kandungan vitamin A, B1, B2, B3, B21, C, E, kolin dan asid folat.
* Kandungan mineral seperti kalsium,magnesium, potasium, sodium, besi, zat besi dan 'kromium'.
* Kandungan enzim seperti 'amylase','catalase', 'cellulose', 'carboxypeptidase', 'carboxyhelolase' dan 'brandykinase' yang semuanya amat penting bagi metabolisme tubuh.
* Kandungan asid amino seperti 'arginine', 'asparagin', 'asparatic acid', 'analine', 'serine','valine', 'glutamat','threonine', 'glycine', 'lycine', 'yrozine','proline', 'histidine', 'leucine' dan 'isoliucine'.
Kegunaan dan Manfaat
LAPISAN DAUN - Digunakan untuk tujuan pemeliharaan kulit, baik secara langsung mahupun yang telah diolah atau diproses dalam bentuk ekstrak.
GETAH- Getah daun yang keluar apabila daun lidah buaya dipotong boleh digunakan untuk pemeliharaan rambut dan penyembuhan luka, bahkan jerawat dan noda hitam di wajah juga dapat diatasi hanya dengan mengoleskan lendir lidah buaya.
LENDIR- Bagaimanapula dengan gelnya? Bahagian berlendir (gel) yang diperolehi dengan menyiat bahagian dalam daun ini yang bersifat mendinginkan dan menenangkan.