♥ Sunday, May 11, 2008♥
Laser Lypolisis bantu buang lemak

Lemak yang berlebihan memang tidak menyenangkan mata memandang. Lantaran itu bagi yang berminat ada banyak rawatan membuang lemak di tubuh yang boleh anda lakukan.
Antara yang popular ialah rawatan sedut lemak yang banyak dilakukan oleh sama ada oleh perempuan mahupun lelaki. Sebagaimana teknik dan kaedah perawatan kecantikan yang lain, kaedah rawatan membuang lemak juga semakin canggih dan terkini.
Daripada rawatan sedut lemak (liposuction) yang memerlukan pembedahan, kini sudah ada kaedah yang lebih cepat yang dikenali sebagai Laser Lypolisis.Menurut Perunding Pakar Bedah Plastik, Rekonstruktif dan Kosmetik, Dr. M.Nasir Zahari, Kaedah Laser Lypolisis adalah satu proses memecahkan lemak secara menggunakan laser.
“Dalam rawatan ini kita menggunakan teknik cahaya dan gelombang tertentu untuk memecahkan lemak yang terdapat pada bahagian tertentu badan. Caranya juga cukup mudah dan ringkas berbanding rawatan sedut lemak yang terdahulu,” jelas Dr. Nasir.Katanya lagi, kaedah ini tidak memerlukan pembedahan ataupun torehan pada mana-mana anggota tubuh. “Kita hanya akan masukkan tiub pada bahagian tubuh yang mempunyai lemak berlebihan untuk proses pemecahan lemak. Berbeza dengan kaedah rawatan sedut lemak seperti liposuction yang mana lemak tersebut akan dikeluarkan oleh mesin, melalui kaedah ini, lemak yang telah dipecahkan akan keluar melalui air kencing."
*BuGChomey* =- hmmm~ masukkan tiub?? hmmm nda sakit kah tu? ish ish ish~ sipun jua kan kuus~ hahahah! plis deyh~

pink princess left her world @ 10:31 AM$BlogItemDateTime$>